[VIDEO] Pendapatan 'ayam' Afrika cecah RM7,000 sebulan

Enam pelacur dari benua Afrika ditahan dalam serbuan di dua unit kediaman di sebuah servis apartmen di Kuala Lumpur pada Khamis
Enam pelacur dari benua Afrika ditahan dalam serbuan di dua unit kediaman di sebuah servis apartmen di Kuala Lumpur pada Khamis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berjaya menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan penuntut universiti dari benua Afrika dalam serbuan di dua unit kediaman di sebuah servis apartmen di Jalan Sultan Ismail, di sini pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian semasa serbuan mendapati, wanita Afrika yang sedang asyik melayan pelanggan terkejut menyebabkan salah seorang daripada mereka diserang panik sehingga menggeletar dan sukar bernafas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket tersebut dikesan mula aktif ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

"Dalam tempoh PKP lepas, Imigresen telah mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan dijalankan oleh wanita-wanita warga Afrika ini.

"Mereka mengenakan bayaran antara RM500 ke RM600 dan boleh mendapat pendapatan lumayan antara RM6,000 ke RM7,000 sebulan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan di sini, lewat malam Khamis.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menyewa hotel-hotel mewah dan servis apartmen secara berpindah randah serta hanya melayan pelanggan terpilih sahaja untuk mengelak dihidu pihak berkuasa.

"Cara kegiatan mereka sama seperti sindiket lain iaitu menggunakan aplikasi WeChat di mana tempahan akan dibuat terlebih dahulu manakala bayaran ada yang dimasukkan ke dalam akaun dan juga tunai.

Khairul Dzaimee memeriksa dokumen perjalanan wanita warga Afrika yang ditahan dalam serbuan pada Khamis.
Khairul Dzaimee memeriksa dokumen perjalanan wanita warga Afrika yang ditahan dalam serbuan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Mereka agak licik dan memilih pelanggan, bukan semua pelanggan akan diterima. Operasi dijayakan oleh pegawai risikan yang dijalankan selama 4 bulan bermula tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, seramai enam pelacur warga Afrika berusia dalam lingkungan umur 20-an dan empat lelaki berusia 30-an disyaki pelanggan ditahan dalam operasi tersebut.

Tambahnya, lima daripada wanita berkenaan merupakan pelajar di sebuah universiti swasta masing-masing di Cheras dan Subang Jaya manakala seorang lagi masuk menggunakan Pas Lawatan Sosial.

"Kami akan semak dan berbincang dengan agensi berkaitan berhubung kemasukan pelajar asing ini untuk mengetatkan syarat kepada warganegara yang kita kenal pasti berisiko tinggi," jelasnya.

Khairul Dzaimee berkata, kesemua wanita berkenaan akan ditahan di depoh Imigresen untuk membantu siasatan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan akan diusir keluar.