Lakukan amang seksual di PPS, warga emas dipenjara lapan tahun, dua sebatan

Mohammed Rashid (tengah) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada 2023. Foto Bernama
Mohammed Rashid (tengah) dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada 2023. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada 2023.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohammed Rashid Rahmat, 64, melampaui keraguan yang munasabah.

Berikutan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara empat tahun dengan satu sebatan bagi kes pertama bermula dari tarikh sabitan manakala bagi kes kedua, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara empat tahun dengan satu sebatan selepas tamat hukuman pertama, serta dikenakan pengawasan polis selama dua tahun.

Mohammed Rashid didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan koridor pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah rendah di Kuala Nerus antara 6 petang hingga 8 malam pada 22 Nov 2023 mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala Mohammed Rashid diwakili peguam Masliela Ismail. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Warga emas dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun
  • Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli mendapati Mohammed Rashid Rahmat, 64, bersalah melampaui keraguan yang munasabah
  • Tertuduh akan menjalani hukuman penjara empat tahun dengan satu sebatan bagi setiap kes secara berasingan dan dikenakan pengawasan polis selama dua tahun selepas itu
  • Mohammed Rashid didakwa melakukan kesalahan di hadapan koridor pusat pemindahan sementara (PPS) di sebuah sekolah rendah
  • Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim sedangkan Mohammed Rashid diwakili peguam Masliela Ismail

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!