X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

LPPR berpuas hati penjelasan Azam Baki, tak perlu RCI

Abu Zahar Ujang
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, ia memandangkan LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahu siasatan diteruskan dengan menubuhkan RCI.

"Saya tidak rasa ada keperluan untuk menubuhkan RCI. Banyak perkara yang RCI perlu ambil tindakan tetapi dalam isu macam ni kalau boleh diselesaikan adalah lebih baik.

"Tapi kalau tidak dapat diselesaikan, terpulanglah kepada kerajaan.

"Saya sudah sebut tadi, saya akan serahkan perkara ini kepada Perdana Menteri, terpulang kepada budi bicara beliau. Kalau beliau merasakan perlu RCI, itu hak beliau untuk membuat keputusan," katanya ketika sidang akhbar khas bersama LPPR di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Rabu.

Sidang akhbar khas itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Pada sidang akhbar berkenaan, Azam berkata, akaun sahamnya ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham-saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan 'pecuniary' ataupun 'benefisial' bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.

Pembelian saham-saham tersebut dibuat di pasaran saham terbuka dan tiada sebarang percanggahan kepentingan bagi pembelian saham-saham berkenaan pada tahun 2015.

Bagaimanapun, kesemua saham-saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!