Projek perumahan diarah buat kajian elak banjir

Sulaiman pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.
Sulaiman pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri mengarahkan setiap perancangan pembangunan perumahan dilakukan kajian secara terperinci terlebih dahulu bagi memastikan kawasan berkenaan tidak terdedah kepada risiko banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia termasuk projek perumahan baharu di kawasan paya, 'wetland' atau yang berhampiran dengan sungai lebih-lebih lagi dalam situasi fenomena taburan hujan tidak menentu.

Menurutnya, kalau dahulu setiap projek perumahan akan mengambil kira jumlah hujan yang diterima, kebiasaannya taburan hujan sekitar 60 hingga 70 milimeter (mm) berbanding sekarang taburan hujan baru-baru ini mencapai 170 hingga 200 mm.

"Bukan hanya di kawasan pembangunan yang dibina, tapi di kawasan lain yang turut terlibat akibat daripada pembinaan itu juga mesti diambil kira," katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut beliau berkata, langkah ini supaya setiap pembangunan yang dibina tidak menyukarkan pembeli dan penyewa yang mendiami sesuatu kawasan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata, Melaka akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Banjir di setiap 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bagi memberikan bantuan yang lebih efisien dan pantas kepada mangsa terjejas banjir dalam kawasan masing-masing.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga akan mengetuai jawatankuasa tersebut yang akan diselaraskan oleh pegawai daerah dan dibantu agensi terlibat.

"Kerajaan negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran fi penggantian hak milik berkaitan tanah yang rosak akibat banjir.

Artikel Berkaitan:

"Pemohon yang terlibat perlu mengemukakan bukti yang mereka terlibat dengan banjir sebelum pengecualian diberikan," katanya.