Permata kumpul dana bantu mangsa banjir

Faridah (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang ahlinya dalam Majlis Apreasasi Permata Baiduri Malaysia 2021 di New York Hotel, Johor Bahru, pada malam Sabtu.
Faridah (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang ahlinya dalam Majlis Apreasasi Permata Baiduri Malaysia 2021 di New York Hotel, Johor Bahru, pada malam Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata) sedang mengumpul RM9,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Selangor.

Presiden Permata, Faridah Hamzah berkata, antara barang akan disumbangkan seperti dapur gas dan barang keperluan harian untuk disumbangkan kepada lebih 100 buah rumah yang terjejas dengan banjir.

"Sumbangan ini akan diberikan kepada keluarga yang terlibat banjir di Hulu Langat dan Dengkil, Selangor. Kita akan dahulukan sumbangan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Sukarelawan Permata Selangor baru sahaja terlibat kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir di Hulu Langat dan Dengkil, kita dapati mereka amat memerlukan dapur gas ketika ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Apreasasi Permata Baiduri Malaysia 2021 di New York Hotel di sini pada malam Sabtu.

Selain itu katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mangsa banjir terutama warga emas dan OKU boleh berhubung dengannya.

"Moga bantuan yang dimanfaatkan akan menjadi asbab dipermudahkan segala urusan dan saham kelak," katanya.

Bagi yang mahu menghulur sumbangan boleh berhubung dengan Adda Uwais 019-6339005, Diana 011-11281411 atau Wan 012-6345895.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, majlis berkenaan bertujuan meraikan ahli-ahlinya yang menjalankan aktiviti kebajikan sepanjang tahun lalu yang disifatkan amat mencabar kerana berdepan Covid-19.

"Mereka menghantar sumbangan kepad 3,000 asnaf dengan mengambil risiko dalam memastikan golongan itu yang terputus bekalan makanan mendapat bantuan. Anugerah diberikan sebagai pemangkin semangat kepada ahli lain," katanya.