Johor benarkan jarak solat setengah meter bermula Jumaat ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor membenarkan jarak antara makmum dalam solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di negeri ini dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter bermula Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi; Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri Datuk Yahya Ahmad pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah memperkenankan agar pelaksanaan itu dikuatkuasakan pada 7 Jan iaitu pada Jumaat ini hingga suatu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor.

“Selain itu, solat hajat juga hendaklah dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di semua masjid dan surau negeri ini.

Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama daripada satu jam pula ditambah kepada tempoh tidak melebihi daripada dua jam,” kata kenyataan itu.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan surau akan bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan kesemua jemaah mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: