Pejuang Palestin bakal dibebaskan selepas mogok lapar

Hisham Abu Hawash (tengah) akan dibebaskan oleh Israel selepas dia mengakhiri mogok lapar. - Foto YouTube
Hisham Abu Hawash (tengah) akan dibebaskan oleh Israel selepas dia mengakhiri mogok lapar. - Foto YouTube
A
A
A

BAITULMAQDIS - Seorang anggota Jihad Islam yang enggan menjamah makanan selama berbulan-bulan akhirnya mengakhiri mogoknya pada Selasa setelah Israel komited untuk membebaskan lelaki tersebut, kata seorang peguam bela kepada tahanan Palestin itu kepada AFP.

Pejuang Palestin itu, Hisham Abu Hawash yang berusia 40 tahun mula menolak makanan pada bulan Ogos tahun lalu bagi memprotes tindakan Israel yang menahannya tanpa sebarang tuduhan atau perbicaraan.

Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak dari Dura, Tebing Barat yang dijajah Israel merupakan seorang tahanan pentadbiran.

Sudah menjadi kebiasaan rejim Zionis untuk menangkap para pejuang Palestin dengan memperbaharui tempoh tahanan bagi setiap enam bulan tanpa membenarkan mereka melihat tuduhan atau bukti yang dikemukakan oleh pihak berkuasa Israel.

Berdasarkan kepada perjanjian yang dicadangkan kepada Abu Hawash, penahanannya tidak akan dilanjutkan sehingga melebihi 26 Februari depan sebagai pertukaran untuknya menamatkan mogok lapar.

Peguamnya, Jawad Boulos menyatakan pejuang tersebut telah menerima perjanjian itu. - AFP

Artikel Berkaitan: