Syarikat Faiza sentiasa Bersamamu Malaysia

A
A
A

Program Bersamamu yang sudah memasuki usia 17 tahun penyiaran meraih ‘rating’ yang tinggi dan konsisten dalam menyampaikan mesej kemasyarakatan.
Program Bersamamu yang sudah memasuki usia 17 tahun penyiaran meraih ‘rating’ yang tinggi dan konsisten dalam menyampaikan mesej kemasyarakatan.

KUALA LUMPUR - Syarikat Faiza Sdn Bhd, adalah sebuah syarikat yang telah diasaskan oleh Faiza Bawumi Sayed Ahmad, seorang usahawan wanita terkemuka di Malaysia.

Beliau mula berniaga dalam perniagaan peruncitan seawal 1968 lagi dan telah menubuhkan Syarikat Faiza pada tahun 1980.

Kemudian pada tahun 1992, Syarikat Faiza secara rasminya diperbadankan di bawah Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) dan menjadi antara pengedar beras yang utama di Malaysia.

Pada 2005, Syarikat Faiza yang sangat prihatin tentang masyarakat Malaysia telah berkolaborasi dengan Media Prima Berhad melancarkan program Bersamamu.

Program Bersamamu 2022 disiarkan setiap hari Ahad, jam 6.30 petang - TV3 bermula 2 Januari, 2022.
Program Bersamamu 2022 disiarkan setiap hari Ahad, jam 6.30 petang - TV3 bermula 2 Januari, 2022.

Artikel Berkaitan:

Bermula daripada siaran pertama sehingga sekarang, Syarikat Faiza terus Bersamamu dalam usaha menjadi sebuah syarikat korporat yang prihatin tentang kebajikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi ekonomi dan kesihatan.

Atas keprihatinan terhadap masyarakat Malaysia, Media Prima dan Syarikat Faiza meneruskan lagi kerjasama ini dalam Bersamamu 2022.

Program Bersamamu 2022 akan disiarkan setiap hari AHAD, jam 6.30 petang - TV3 bermula 2 Januari, 2022.

Siaran ulangan setiap hari Jumaat jam 4.30 petang – TV3 dan disiarkan juga di TV9 setiap hari Sabtu jam 10.30 malam.

Kesinambungan program Bersamamu 2022 membuktikan keprihatinan Syarikat Faiza terhadap kebajikan rakyat Malaysia.
Kesinambungan program Bersamamu 2022 membuktikan keprihatinan Syarikat Faiza terhadap kebajikan rakyat Malaysia.

Antara komitmen dalam program Bersamamu 2022, program akan memaparkan responden yang memiliki anak yang masih bersekolah dan masih belajar namun amat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan menyebabkan mereka lumpuh dari segi ekonomi.

Selain daripada berstatus tahap pendapatan yang rendah, responden yang mempunyai penyakit yang lebih kronik dan mengalami kemalangan parah/cacat kekal juga dipaparkan dalam Bersamamu 2022.

Syarikat Faiza cuba memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih menjaga dan menghargai kesihatan serta menjaga pemakanan yang baik untuk kesihatan.

Program Bersamamu yang sudah memasuki usia 17 tahun penyiaran meraih ‘rating’ yang tinggi dan konsisten dalam menyampaikan mesej kemasyarakatan.

Jangan lupa saksikan Bersamamu 2022 dan bersama Syarikat Faiza membantu keluarga yang memerlukan melalui sumbangan kepada Tabung Bersamamu.