X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Semua PPS di Selangor ditutup sepenuhnya: MB

Semua PPS banjir di Selangor ditutup sepenuhnya pada jam 11.59 malam pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya pada jam 11.59 malam pada Jumaat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua mangsa banjir juga sudah pulang ke rumah masing-masing.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada petugas, sukarelawan, agensi kerajaan negeri Selangor dan Persekutuan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat awam yang banyak membantu.

"Terima kasih atas budi dan jasa membantu mangsa banjir.

"Kita akan bangkit dari episod duka ini untuk membangun semula negeri yang kita cintai," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Sabtu.

Hantaran Amirudin di Facebook beliau pada Sabtu.
Hantaran Amirudin di Facebook beliau pada Sabtu.

Pada Jumaat, sebanyak tiga daerah masih lagi terkesan akibat banjir dengan lima PPS masih dibuka membabitkan seramai 479 mangsa daripada 134 keluarga.

Banjir melanda Selangor disifatkan luar biasa apabila kebanyakan kawasan dinaiki air, malah penduduk di beberapa kawasan terpaksa berlindung di bumbung rumah dan surau.

Selain itu, jalan-jalan utama juga terpaksa ditutup berikutan paras air tinggi hingga ada dalam kalangan mereka terperangkap sama ada di kediaman atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama dinaiki air.

Info Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 21,385 mangsa banjir daripada 5,510 keluarga pernah direkodkan di daerah terbabit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!