Pembersihan sisa banjir di KL siap 100 peratus

Operasi pembersihan banjir di Kuala Lumpur. - Foto SWCorp Wilayah Persekutuan
Operasi pembersihan banjir di Kuala Lumpur. - Foto SWCorp Wilayah Persekutuan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses pembersihan sisa banjir di semua 14 kawasan terjejas di ibu kota siap seratus peratus.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 631.6 tan sisa banjir dikutip dalam gotong-royong pembersihan yang dilaksanakan selama 11 hari.

SWCorp Wilayah Persekutuan berkata, sampah pukal baharu akan dikutip oleh Alam Flora Sdn Bhd mengikut jadual operasi biasa selepas ini.

"Namun penduduk Kuala Lumpur boleh menyalurkan maklumat melalui talian 03-2245 9292 jika sisa tidak dikutip mengikut jadual, " menurut SWCorp menerusi kemas kini di Facebook SWCorp Wilayah Persekutuan, pada Jumaat.

Kawasan terlibat banjir adalah Kampung Kasipillay, Kampung Pasir, Kolam Air, Petaling Bahagia, Jalan Batu Bata, Kampung Periuk, Kampung Hock An, Tiong Nam, Masjid Jamek, Jalan Ipoh, Jalan Raja dan Jalan Tun Perak, Jalan Putra, Jalan Tun Razak serta Jalan Pahang.

Tambah kenyataan itu, pihak swasta yang tertakluk kepada Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Skim bagi sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian 2018 (CII) serta terjejas banjir hendaklah memastikan sisa tersebut diangkut oleh pengutip sisa yang dilesenkan.

Artikel Berkaitan: