Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 3,573 kes baharu pada Jumaat

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 3,573 kes harian Covid-19 dicatatkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kes kumulatif kini 2,758,086.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, 52 kes (1.5 peratus) adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima, manakala 3,521 kes (98.5 peratus) lagi adalah Kategori Satu dan Dua.

Beliau memaklumkan kes harian itu melibatkan 3,230 kes penularan tempatan dan 343 kes import, sementara 3,988 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh kumulatif kini 2,685,378.

“Kes di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 269 dan 163 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lima lagi kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster aktif kini 217 kluster manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini ialah 0.98 setakat Khamis.

Mengenai kes Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir, beliau berkata setakat hari ini, 15 kes positif direkodkan melibatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala jumlah keseluruhan mangsa banjir positif wabak itu adalah 444 orang.

Katanya, tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan melibatkan mangsa banjir di PPS.

Bagaimanapun, katanya, terdapat empat kes penyakit berjangkit dikesan melibatkan mangsa banjir hari ini, merangkumi jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak tiga kes dan penyakit kulit sebanyak satu kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: