Anggota TLDM maut langgar pokok

Kejadian motosikal melanggar pokok pinang mengakibatkan seorang anggota TLDM meninggal dunia di Seri Manjung, hari ini. Foto: Pembaca
Kejadian motosikal melanggar pokok pinang mengakibatkan seorang anggota TLDM meninggal dunia di Seri Manjung, hari ini. Foto: Pembaca
A
A
A

SERI MANJUNG - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas lalu melanggar pokok pinang di Kilometer 6 Jalan Ayer Tawar - Sitiawan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Laskar Kanan Mohd Fadzli Othman, 36, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Ipoh menuju ke Lumut.

"Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: