Longkang pecah punca banjir kilat di Kajang

Longkang baru dibina oleh MPKj yang baru dibina pada November lalu tidak dapat menahan limpahan air dari Jalan Semenyih, menyebabkan ia pecah sekaligus berlaku banjir kilat di Taman Lembah Mewah di sini pada Isnin.
Longkang baru dibina oleh MPKj yang baru dibina pada November lalu tidak dapat menahan limpahan air dari Jalan Semenyih, menyebabkan ia pecah sekaligus berlaku banjir kilat di Taman Lembah Mewah di sini pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Kerosakan yang berlaku pada longkang saliran di Taman Lembah Mewah, di sini menjadi punca banjir kilat yang melanda kawasan tersebut pada petang Isnin.

Tinjauan Sinar Harian di Taman Lembah Mewah di sini pada Selasa mendapati, benteng longkang tersebut pecah akibat limpahan air yang banyak dari Jalan Semenyih, menyebabkan longkang tersebut tidak dapat menampung jumlah air pada petang Isnin.

Hasil tinjauan juga mendapati, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga sedang giat membersihkan kawasan tersebut yang ditutup oleh tanah dan lumpur akibat banjir yang berlaku pada Isnin.

Salah seorang penduduk, Norhazian Mustapa, 42, berkata, walaupun kawasan tersebut sering dilanda banjir setiap tahun, namun bencana ini merupakan yang terburuk sejak dia tinggal di sini 39 tahun lalu.

Menurutnya, longkang yang baru siap dibina oleh pihak MPKj pada November lalu tidak dapat menampung limpahan air dari Jalan Semenyih, menyebabkan ia pecah dan berlaku banjir kilat melimpah ke rumahnya setinggi 0.6 meter.

Norhazian
Norhazian

Beliau memberitahu, ketika banjir kilat melanda kawasan perumahan tersebut dirinya turut terperangkap dalam rumah, lalu jirannya bertindak memanggil bomba untuk menyelamatkan diri.

"Saya intai kawasan luar rumah dan yakin air tidak akan masuk ke dalam rumah kerana ada longkang baru siap dibina.

Artikel Berkaitan:

"Tapi ketika banjir kilat berlaku pada jam 5 petang, saya terperangkap seorang diri dalam rumah dan jiran terus menghubungi bomba untuk beri bantuan kepada saya kerana air telah melimpah mencecah 0.6 meter," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Seorang lagi penduduk, Sharifah Shima Hanim Syed Hanafi, 43, bergegas mengalihkan kenderaan ke tempat lebih tinggi selepas dimaklumkan oleh jirannya beberapa minit sebelum banjir kilat melanda rumahnya.

Dia yang juga seorang sukarelawan penyelamat haiwan jalanan bagaimanapun berjaya menyelamatkan 30 ekor kucing di bawah jagaannya daripada terjejas akibat banjir.

Sharifah Shima Hanim
Sharifah Shima Hanim

"Bila saya menjenguk ke luar tingkap, air dah mula naik, jadi saya keluar ikut pintu belakang dan bergegas alihkan kenderaan ke tempat tinggi pada jam 5 petang.

"Sejak banjir berlaku sebelum ini, kami sudah bersedia. Tapi disebabkan air naik dengan pantas, kami tidak sempat berbuat apa-apa seperti yang dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Amirul Amir, 30, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barangan dalam rumahnya yang ditenggelami air seperti tikar, permaidani, dan lain-lain ketika banjir kilat berlaku sekitar 30 minit pada petang Isnin.

Katanya, dia ketika itu masih dalam perjalanan pulang bekerja dari Segambut dimaklumkan oleh jirannya bahawa paras air di kawasan rumahnya telah mencecah hampir 0.7 meter.

"Disebabkan rumah saya dimasuki air banjir, saya dan keluarga tumpang tidur di rumah ibu bapa di Taman Zamrud di sini, dan pada Selasa barulah kami mula bersihkan rumah.

"Kawasan ini memang kerap banjir dua kali setahun, tapi kali ini paling teruk berlaku dan banyak barang perlu dibuang," katanya yang bekerja sebagai pemandu peribadi.

Dalam perkembangan lain, Sharin Hanafi, 46, terkejut dengan bencana banjir kilat yang berjaya memasuki rumahnya walaupun tembok setinggi 0.46 meter dibina di pintu rumahnya sebagai langkah pencegahan banjir.

Namun begitu, air banjir yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan masih memasuki rumah dan menyebabkan banyak barangan seperti perabot kayu, tikar getah dan lain-lain rosak akibat bencana tersebut.

Pihak MPKj sedang mengaut tanah yang menimbus longkang di kawasan Taman Lembah Mewah di sini pada Isnin.
Pihak MPKj sedang mengaut tanah yang menimbus longkang di kawasan Taman Lembah Mewah di sini pada Isnin.

"Ketika itu saya di luar rumah, dan tidak menyangka air banjir masuk ke dalam rumah kerana saya sudah bina tembok di pintu rumah setinggi 0.46 meter.

"Air semalam memang deras, lain daripada banjir sebelum ini. Walaupun ia cuma berlaku sekejap sahaja, tapi air banjir kali ini berbau kerana ia bercampur najis dan bangkai binatang," katanya yang tinggal di sini sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Sinar Harian juga sedang mendapatkan respons daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Hee Loy Sian berkenaan perkara ini.