Geng Ajoe guna 'homestay' sorok PATI terbongkar

Sebuah inap desa di Telok Intan, Perak diserbu polis pada Selasa dan berjaya menahan PATI warga Indonesia.
Sebuah inap desa di Telok Intan, Perak diserbu polis pada Selasa dan berjaya menahan PATI warga Indonesia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sindiket Geng Ajoe yang 'menyembunyikan' pendatang asing tanpa izin (PATI) di dua rumah inap desa sebagai rumah penampungan di Sabak Bernam, Selangor dan Telok Intan, Perak terbongkar dalam serbuan polis, pada Selasa.

Op Pintas itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula kira-kira jam 7 petang.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan di dua lokasi terbabit berjaya menangkap 52 PATI warga Indonesia berusia lingkungan 22 hingga 48 tahun.

Menurutnya, turut ditahan dua warga Indonesia dan dua warga tempatan dipercayai berperanan sebagai ejen, transporter dan penjaga rumah penampungan.

Polis menyerbu sebuah inap desa di Sabak Bernam, Selangor pada Selasa dan berjaya menahan PATI.
Polis menyerbu sebuah inap desa di Sabak Bernam, Selangor pada Selasa dan berjaya menahan PATI.

"Serbuan pertama di Sabak Bernam bertindak menahan 33 PATI termasuk 11 wanita, manakala lokasi di Telok Intan berjaya menangkap 19 PATI lelaki.

"Siasatan awal mendapati penyeludupan ini bagi membawa migran ini keluar dari Malaysia untuk ke Indonesia melalui laluan laut di kawasan Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hutan Melintang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua lokasi serbuan terbabit membabitkan geng yang sama iaitu Geng Ajoe.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti sejak bila sindiket berkenaan aktif selain rangkaian yang terlibat.

"Empat suspek yang berperanan sebagai ejen, transporter serta penjaga rumah terbabit akan Seksyen 26 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 terhadap migran yang ditahan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!