RM1juta beli barang mangsa banjir

Dr Asmadi (kiri) bersama Zulkhairi (kanan) melihat barangan keperluan untuk mangsa banjir di depoh JKM di Kuantan pada Ahad.
Dr Asmadi (kiri) bersama Zulkhairi (kanan) melihat barangan keperluan untuk mangsa banjir di depoh JKM di Kuantan pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memperuntukkan kira-kira RM1 juta untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir di 777 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, peruntukan itu disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk agihan bantuan berkenaan.

“JKM membekalkan sembilan jenis barang keperluan asas untuk mangsa banjir termasuk di PPS yang terputus hubungan. Antaranya beras, tepung, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, selimut serta bantal,” katanya ketika ditemui selepas melawat depot barangan JKM di sini pada Ahad.

Lawatan terbabit turut dihadiri Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin.

Dalam pada itu, Dr Asmadi berharap JKM dapat mengurus bantuan mangsa banjir bagi pihak MUIP dengan sebaik mungkin.

"Kita percaya JKM dapat membantu mengagihkan bantuan ini kepada mangsa," katanya

Artikel Berkaitan: