Orang ramai harap isu koordinasi dapat diperbaiki

V Gunasilan, Mr Luo, Mohd Al Hafiz Nasarudin
V Gunasilan, Mr Luo, Mohd Al Hafiz Nasarudin
A
A
A

HULU LANGAT – Orang ramai mahu kerajaan pusat dan negeri memperbaiki masalah koordinasi supaya isu bantuan lambat tidak lagi berulang.

Peniaga, Mohd Al Hafiz Nasarudin, 29, berpandangan, koordinasi melibatkan kerajaan pusat dan negeri semasa banjir baru-baru ini amat mengecewakan.

Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Luo, 44, turut bersetuju bahawa masalah koordinasi menyebabkan bantuan kepada mangsa banjir lewat tiba.

“Sebaliknya, bantuan yang disampaikan oleh rakyat pula yang cepat. Sejak ada Covid-19 ini, macam- macam masalah berlaku,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 kepada mangsa banjir baru-baru ini.

“Pengeluaran i-Citra ini dapat membantu mereka membeli dan membaiki barang-barang rosak seperti perabot dan kereta. Semua orang memerlukan wang,” jelasnya.

Peniaga, V Gunasilan, 31, berkata, koordinasi dan persiapan antara kerajaan pusat dan negeri seharusnya dibuat lebih awal dan bukannya semasa banjir berlaku.

Artikel Berkaitan:

N Devana, Faida Rahim
N Devana, Faida Rahim

“Saya lihat aspek ini seharusnya diperbaiki terutamanya pada masa hadapan,” jelasnya.

Pekerja swasta, Faida Rahim, 35, turut berpendapat persiapan menghadapi banjir seharusnya dibuat lebih awal.

“Ini kerana kita tidak mengetahui keadaan dan taburan hujan. Cuaca pula boleh berubah dalam sekelip mata,” katanya.

Tambahnya, aspek komunikasi dan skop tugas juga perlu jelas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sekali gus memperbaiki sistem amaran awal banjir untuk berfungsi lebih cekap.