Sila log masuk terlebih dahulu.

MBPJ raih pelbagai Anugerah Inovasi Negeri Selangor & Anugerah Gold Class 1

Pasukan Inovasi MBPJ, Iron Squadron meraih kemenangan menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2021.
Pasukan Inovasi MBPJ, Iron Squadron meraih kemenangan menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2021.
A
A
A

Selari dengan hasrat pembudayaan inovasi sektor awam di negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor (MPIPANS) dan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2021.

Lebih membanggakan, kesemua empat pasukan inovasi yang bertanding mendapat kedudukan johan dan naib johan serta pemenang anugerah khas bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Kemenangan yang diraih ini adalah pemangkin untuk menyemarakkan lagi semangat mencapai kecemerlangan di dalam sistem penyampaian melalui inovasi sistem, cara bekerja dan projek- projek yang memberi impak besar kepada kesejahteraan penduduk Petaling Jaya.

Di samping itu, ia turut menjadi inspirasi bagi kakitangan MBPJ untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kepada warga Petaling Jaya khususnya dan negeri Selangor amnya.

New Otai’s dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan).
New Otai’s dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Inovasi Sosial (Penambahbaikan).

Bagi MBPJ, kebolehan berinovasi ini ternyata menjadi game changer yang berkesan untuk melonjakkan prestasi dan pencapaian tadbir urus Majlis selain memberi sumbangan signifi kan untuk manfaat pengguna dan orang ramai.

Pembudayaan inovasi ini menjadi agenda penting dan komitmen MBPJ terhadap usaha menyemarakkan lagi budaya inovasi di kalangan pegawai dan kakitangannya.

Artikel Berkaitan:

Wastech turut cemerlang di kedudukan naib johan bagi Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan).
Wastech turut cemerlang di kedudukan naib johan bagi Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan).

Ia juga sejajar dengan dasar ekonomi digital yang berkehendakkan idea-idea berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek penyampaian khususnya dalam perkhidmatan awam.

Majlis akan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi budaya inovasi ini bagi menampilkan lebih banyak idea baru yang akan mempersadakan inovasi ke arah kesejahteraan rakyat di Petaling Jaya.

MBPJ turut menerima Anugerah Gold Class 1 sempena 39th MSOSH Award 2021 Ceremony.
MBPJ turut menerima Anugerah Gold Class 1 sempena 39th MSOSH Award 2021 Ceremony.

Sementara itu, MBPJ turut menerima anugerah Gold Class 1 sempena 39th MSOSH Award 2021 Ceremony bertempat di TheMajestic Hotel Kuala Lumpur.

Anugerah diberi berdasarkan tahap-tahap pencapaian pelaksanaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sesebuah organisasi tersebut dan diberi penarafan dalam bentuk Platinum, Gold, Silver atau Bronze, malah kriteria penilaiannya sangat terperinci dan bertaraf antarabangsa.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir dan Timbalannya Sharipah Marhaini Syed Ali ketika menerima Anugerah Gold Class 1.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir dan Timbalannya Sharipah Marhaini Syed Ali ketika menerima Anugerah Gold Class 1.

Pengiktirafan ini menyuntik semangat dan melonjakkan lagi motivasi Majlis untuk terus bergerak ke hadapan dan menambahbaik program-program di bawah Unit keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (OSHE) yang telah dan akan dilaksanakan.

Selain menghantar kakitangan untuk menghadiri kursuskursus yang berkaitan dengan OSHE, MBPJ turut melantik ahli jawatankuasa OSHE dan Safety Health Offi cer (SHO) di setiap jabatan.

Majlis juga melancarkan penggunaan aplikasi web portal OSHE untuk pemantauan kontraktor di bawah projek-projek Majlis dan pelaporan ICIX (I See I Act) oleh kakitangan bagi memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan kondusif.

No Image Caption