Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun

Sebahagian penduduk menggunakan bot untuk memeriksa kediaman mereka yang ditenggelami banjir genang ketika tinjauan di Kampung Padang Licin. - Foto Bernama
Sebahagian penduduk menggunakan bot untuk memeriksa kediaman mereka yang ditenggelami banjir genang ketika tinjauan di Kampung Padang Licin. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 1,402 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) terutamanya di Pasir Mas.

Sehingga jam 6 petang Khamis, jumlah berkenaan dilihat semakin berkurang berbanding awal pagi iaitu 1,559 mangsa.

Menurut infobencana.jkm, lapan PPS berkenaan menempatkan 482 keluarga melibatkan 882 mangsa dewasa, 486 kanak-kanak, 34 bayi, 87 warga emas dan empat orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, menurut laman infobanjir, sehingga jam 6 petang Khamis, Sungai Golok di Rantau Panjang masih mencatatkan bacaan air melepasi paras amaran iaitu 8.74 meter.

Sungai Kelantan di Kuala Krai, Kampung Temangan di Machang dan Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah pula mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Mangsa yang berpindah ke PPS dinasihatkan untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan: