10 tan sehari sampah banjir di Dengkil, Salak

Kutipan sampah banjir di Dengkil dan Salak meningkat 10 tan sehari berbanding purata satu tan metrik sehari sebelum ini.
Kutipan sampah banjir di Dengkil dan Salak meningkat 10 tan sehari berbanding purata satu tan metrik sehari sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kutipan sampah banjir di Dengkil dan Salak meningkat 10 tan metrik sehari berbanding purata satu tan metrik sehari sebelum ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussin berkata, keadaan itu menyebabkan tapak pelupusan sampah Dengkil sesak.

Menurutnya, terdapat banyak lori keluar masuk ke tempat pelupusan sampah sehingga mengambil masa lama untuk menunggu giliran.

"Sejak semalam (Selasa) kutipan sampah di Dengkil dan Salak meningkat 10 kali ganda (10 tan metrik) berbanding kurang daripada satu tan (metrik) pada hari biasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abd Hamid berkata, sebanyak 60 tan metrik sampah dihantar ke pusat pelupusan dan jumlahnya dijangka meningkat selepas penduduk pulang ke rumah.

"Pihak kontraktor juga sudah meletakkan 34 tong besar di kawasan Dengkil dan Salak bagi memudahkan penduduk meletakkan barangan rosak.

"Kami harap penduduk memberi kerjasama dengan meletakkan barangan rosak ke dalam tong disediakan bagi memudahkan dan mempercepat kerja pembersihan," katanya.

Kata beliau, operasi kutipan sampah banjir dilakukan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM).

Artikel Berkaitan:

"MPSepang mencadangkan kepada kontraktor untuk mengenal pasti kawasan sesuai dijadikan sebagai pusat sementara bagi melonggok barang elektrik dan perabot rosak sebelum dihantar ke kawasan pusat pelupusan bagi mengelak kesesakan longgokan sampah di kediaman penduduk," katanya.