'PH, UMNO Pas hentilah main politik'

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH – “Sekarang ni masa untuk kita bekerja. Stop politicking! ”

Itu gesaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap berita-berita yang tersebar di media massa hari ini khususnya berhubung isu pertukaran kerajaan termasuk rakyat negeri ini bakal menerima Menteri Besar baharu, kelak.

Menurut Ahmad Faizal, perkara sedemikian perlu dihentikan kerana ia dilihat tidak membawa apa-apa makna kepada usaha membangunkan negeri selain keuntungan kepada rakyat.

Katanya, semua pihak kini perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing khususnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya nak merayu kepada semua orang pihak media, pihak Majllis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN PH, ADUN UMNO, ADUN Pas, marilah kita berhenti bercakap mengenai perkara ini, dan fokus untuk berikan perkhidmatan kepada rakyat.

“ADUN UMNO dan ADUN Pas juga ada tanggungjawab mereka setelah mereka dipilih dan saya sebagai Menteri Besar bukan Menteri Besar PH semata-mata, tetapi juga kepada mereka yang dulu yang undi Pas, undi UMNO, saya ada tanggungjawab untuk berikan perkhidmatan dan bekerjasama dengan mereka kepada asalkan mereka berikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Perjanjian antara Tourism Perak dan Perak Transit bagi perkhidmatan hop on op off (Hoho), di pejabatnya, semalam.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Faizal bersama replika bas hoho pada sidang media berkenaan.
Ahmad Faizal bersama replika bas hoho pada sidang media berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Faizal berharap agar segala berita mengenai pertukaran kerajaan, pertukaran Menteri Besar tidak lagi dimainkan di media termasuk media sosial.

Katanya, semua pihak perlu memberikan fokus kepada tanggung jawab yang telah diamanahkan.

“Kita simpan jauh-jauh supaya kita fokus kepada tanggungjawab hakiki kita sekarang.

“Memang seronok kita mainkan di media sosial, di media tapi ia tidak bawa apa-apa keuntungan kepada rakyat atau membangunkan negeri. Jadi, kerja-kerja yang tidak membantu ni jangan kita buat.

“Sebagai pemimpin marilah saya ajak sungguh-sungguh ni ; rakan media, dan semua yang berada di sini, dan di luar sana tolonglah stop politicking. Kita buat kerja. Sekarang ni masa untuk kita bekerja. Kasihan kepada rakyat Malaysia yang terlalu banyak sangat berpolitik, dah banyak tahun dah. Cukuplah tu,” katanya.