Pas tidak letak calon pada PRN Sarawak

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas memutuskan untuk tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 yang dijangka berlangsung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian menyeluruh parti terhadap situasi semasa menjelang pilihan raya berkenaan.

"Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, Pas memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026.

"Pas akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan bahawa BN tidak akan bertanding pada PRN Sarawak.

Menurutnya, gabungan itu mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), justeru tidak pernah berhasrat untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

PRN Sarawak ke-13 dijadualkan berlangsung pada 12 Disember depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November dan pengundian awal pada 8 Disember.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!