Kesal dikaitkan kes tuba ikan, empat individu lapor polis

Dari kanan, Mohd Simen, Abdul Ghani, Hairul Nizam dan Mohd Azhar menunjukkan laporan polis dan gambar yang tular di laman sosial selepas membuat laporan polis di IPD Jerantut, semalam.
Dari kanan, Mohd Simen, Abdul Ghani, Hairul Nizam dan Mohd Azhar menunjukkan laporan polis dan gambar yang tular di laman sosial selepas membuat laporan polis di IPD Jerantut, semalam.
A
A
A

JERANTUT - Selepas tular gambar wajah dan kenderaan mereka di laman sosial sejak dua hari lalu, empat penduduk Felda Kota Gelanggi Dua tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, semalam.

Hairul Nizam Termiji, 43, Mohd Simen Abdullah 53, Abdul Ghani Ismail, 66, dan Mohd Azhar Adnan 49, berbuat demikian selepas dikaitkan dengan kegiatan menuba ikan di Sungai Lepar, Kuantan.

Hairul Nizam berkata, dia kesal dengan penularan gambar mereka.

"Orang ramai yang mengenali kami dan netizen menuduh kami sedangkan kami tidak pernah melakukannya.

"Walaupun kami tiada secara nyata pada gambar ikan yang banyak itu, tetapi gambar lain dipaparkan bersama itu, seolah-olah kumpulan kami melakukannya.

"Kami yakin gambar ikan itu gambar lama yang dipercayai diambil di Terengganu, tahun lalu dan pernah tersebar di Facebook," katanya.

Dia tidak menafikan kumpulannya sering masuk hutan untuk beriadah dan menghayati keindahan hutan sambil memancing.

"Mungkin tujuan mereka memuat naik gambar itu adalah untuk memburukkan kumpulan kami yang sering masuk hutan dan berjaya tangkap ikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami harap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,(SKMM ) ambil tindakan tegas kepada pemilik dan penyebar maklumat palsu itu yang memburukkan orang lain dengan niat tertentu," katanya. Mereka mendapat surat kebenaran dari Jabatan Hutan untuk memasuki kawasan hutan.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, dia sedih dikaitkan dengan kegiatan menuba ikan.

"Kami beri masa tiga hari dari laporan polis ini dibuat untuk mereka minta maaf," katanya.