Nahas Elmina: Jangan tular gambar mangsa - Mohd Na'im

Keratan portal Sinar Harian pada Khamis.(Gambar kecil:Mohd Na'im)
Keratan portal Sinar Harian pada Khamis.(Gambar kecil:Mohd Na'im)
A
A
A

SEREMBAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau berkongsi gambar mahupun video mangsa tragedi nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Beliau meminta orang ramai supaya menjaga dan menghormati perasaan keluarga mangsa terlibat dengan tidak menyalahgunakan platform media sosial dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu.

"Kita perlu menjaga adab ketika mengunakan media sosial ini. Kalau tidak mahu keaiban diri sendiri dibuka, jangan buka aib orang lain.

"Takziah kepada keluarga mangsa dan kita doakan mereka diberikan kesabaran atas kehilangan insan tersayang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 15 set komputer di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aisha Rohani di sini pada Jumaat.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor mengakibatkan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun maut.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Terdahulu pada majlis itu Mohd Na’im berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan RM200,000 bagi membaik pulih surau bagi kegunaan pelajar dan guru di sekolah tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini