Pindaan Akta 342 ditangguhkan: Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 atau Akta 342 bagi bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat ditangguhkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang.

Beliau menjelaskan, keputusan itu juga mengambil kira perbincangan yang dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Jawatankuasa Pilihan Khas pada Isnin.

"Oleh demikian saya telah bentang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas tadi segala butiran dan perincian berkenaan pindaan ini termasuklah peraturan dan garis panduan yang diperlukan dalam pindaan berkenaan.

"Kita juga telah mendengar pandangan daripada kumpulan pakar yang telah memberikan cadangan nasihat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan saya telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Dr Kelvin Yii Lee bahawa jawatankuasa telah membuat keputusan sebulat suara minta saya tangguhkan pindaan ini bukan disebabkan tidak akan disokong secara dasarnya atau pun perkara substantif yang sebahagian besar telah dipersetujui.

"Cuma ada beberapa perincian yang masih perlu sesi yang akan datang supaya dapat dipersetujui bersama. Sangat penting untuk kita mendapat penerimaan rakyat dan pematuhan rakyat kerana ia berkaitan dengan langkah-langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk kita tangani bukan hanya Covid-19 tapi juga apa sahaja penyakit berjangkait yang akan timbul," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan yang dibuat itu juga wajar memandangkan isu berkenaan mempunyai pandangan yang berbeza-beza.

"Jika undi pada hari ini dan pindaan ini tidak melalui konsesus bipartisan kita akan ada masalah dari segi pematuhan daripada rakyat kerana isu ini dilihat sebagai isu yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza dan tidak ada konsesus.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu setelah saya bincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang tadi, maka dengan mengambil tumpuan perlu diberi kepada masalah bencana banjir buat masa ini.

"Jadi, saya pohon untuk mengambil ketetapan yang telah dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas atas semangat bipartisan bahawa menurut Peraturan 62 saya mohon mencadangkan RUU ini pindaan 2021 pada hari ini ditangguh bacaan kali kedua dan ketiga ke mesyuarat akan datang," katanya.