13 loji rawatan air di Pahang tidak beroperasi akibat banjir

Keadaan LRA Karak, Bentong yang terpaksa ditutup akibat ditenggelami banjir.
Keadaan LRA Karak, Bentong yang terpaksa ditutup akibat ditenggelami banjir.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan banjir.

Ketua Pegawai Eksklusif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, penutupan LRA di daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub bermula dua hari lalu.

Menurutnya penutupan bermula dengan empat LRA yang terkesan akibat peningkatan paras air sungai.

"Kini sebanyak 13 LRA terpaksa ditutup disebabkan alasan sama (peningkatan paras air sungai) dan terputus bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Susulan daripada itu sebanyak 53,916 akaun pengguna mengalami masalah gangguan bekalan air,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, bantuan penghantaran bekalan air bersih dan tangki statik ditempatkan ke kawasan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terjejas.

Artikel Berkaitan: