Tidak dibenarkan mengajar kerana berhijab di Kanada

Tindakan tidak membenarkan Fatemeh Anvari mengajar kerana memakai hijab menyebabkan berlakunya protes dalam kalangan penduduk di Kanada. - Foto Twitter/CWSE-ON
Tindakan tidak membenarkan Fatemeh Anvari mengajar kerana memakai hijab menyebabkan berlakunya protes dalam kalangan penduduk di Kanada. - Foto Twitter/CWSE-ON
A
A
A

OTTAWA - Seorang guru popular, Fatemeh Anvari tidak dibenarkan mengajar di sebuah sekolah di bandar Chelsea, Kanada baru-baru ini kerana beliau memakai hijab yang melanggar undang-undang sekularisme yang diluluskan oleh wilayah Quebec pada 2019.

Undang-undang kontroversi itu telah melarang semua penjawat awam memakai simbol agama di tempat kerja.

Namun, tindakan tidak membenarkan Fatemah mengajar itu menyebabkan kesukaran dalam kehidupan seharian terutamanya bagi wanita Islam di wilayah tersebut yang mana lebih 70 peratus guru ialah wanita.

Fatemeh ketika mengulas tindakan tersebut di sebuah stesen televisyen berkata, beliau tidak mahu

mahu caranya berpakaian menjadi perkara peribadi kerana ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa pun.

Keputusan untuk tidak membenarkan beliau mengajar dibuat oleh Lembaga Pendidikan kerana wilayah Quebec menerima pakai Rang Undang-undang No. 21 yang melarang pekerja agensi dan kemudahan kerajaan Kanada daripada memakai simbol agama.

Pengetua sekolah itu dilaporkan memberitahu Fatemeh bahawa beliau terpaksa dipindahkan ke jawatan di luar bilik darjah kerana berhijab.

Bagaimanapun, keputusan tidak membenarkan Fatemeh mengajar itu telah menyebabkan protes berlaku d Quebec dan di luar wilayah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Lebih 100 orang menghadiri perhimpunan di Chelsea selama lebih seminggu bagi memprotes tindakan tidak membenarkan Fatemeh mengajar itu.

Dalam pada itu, Bob Rae iaitu duta Kanada ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, undang-undang itu bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. - Agensi