Muda gesa kerajaan tangguh perbahasan usul Akta 342

Kenyataan Muda pada Khamis.
Kenyataan Muda pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa kerajaan untuk menangguhkan perbahasan usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Ahli Jawatankuasa Muda dalam satu kenyataan berkata, saranan tersebut adalah bagi mengambil kira pandangan daripada ahli-ahli Parlimen, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), komuniti perniagaan dan Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum merangka semula pindaan akta berkenaan.

“Ini merupakan RUU yang paling utama bagi menjamin Malaysia bersedia untuk berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Kerajaan seharusnya memberi perhatian dan lebih berhati-hati sebelum membentangkan usul ini supaya ia tidak membebankan rakyat sendiri dan tidak melupakan pendekatan ‘whole of government’ serta ‘whole of society’,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu juga, pindaan RUU berkenaan tidak munasabah dan ia mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Menurut pindaan ini, individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM100,000 dan penjara tujuh tahun sebelum ditukar pada minit terakhir kepada denda RM50,000 dan penjara tiga tahun,” menurutnya.

Tambahnya, ia jelas menggambarkan bahawa pindaan Akta 342 itu didraf secara tergesa-gesa dan dibuat tanpa ada rasa tanggungjawab kepada rakyat.

“Ahli-ahli Parlimen juga hanya dapat tahu secara lebih terperinci pindaan Akta 342 itu bermula Isnin, 13 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

“Muda juga ingin menzahirkan kebimbangan perlaksanaan pindaan Akta 342 ini akan terus dibuat antara dua darjat dengan membeza-bezakan layanan antara rakyat biasa dan menteri seperti yang telah diamalkan oleh kerajaan selama ini,” tambah kenyataan itu.

Pada Selasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan lima peruntukan baharu terhadap Rang Undang-undang (RUU) berkenaan.

Ia merangkumi 10 seksyen di bawah Akta 342 yang akan ditambah baik bagi memastikan kesinambungan pengawalan dan pencegahan pandemik Covid-19 di negara ini.