Malaysia antara negara terawal sokong IBR

Mohd Shukri (dua dari kiri) dan Yujing (tengah) ketika Majlis Perasmian Simposium dan Seminar Siri 1 - Inisiatif Belt and Road di Dewan Canselor MSU pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Mohd Shukri (dua dari kiri) dan Yujing (tengah) ketika Majlis Perasmian Simposium dan Seminar Siri 1 - Inisiatif Belt and Road di Dewan Canselor MSU pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia antara negara terawal menyokong Inisiatif Belt and Road (IBR) yang diperkenalkan kerajaan China pada tahun 2013.

Ia juga merupakan kesinambungan hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 1974 dan menarik pelaburan China secara berterusan ke Malaysia.

IBR turut menyaksikan kerajaan China melabur dalam pelbagai projek ekonomi di lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

IBR memberi manfaat dalam merapatkan jurang pendapatan sekali gus memastikan kemampanan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

Justeru, Management and Science University (MSU) melalui kerjasama Association of Belt and Road Malaysia dan Southeast Asia Research Centre of Humanities (SEARCH) dengan sokongan Kedutaan Republik Rakyat Cina ke Malaysia mengadakan Simposium dan Seminar Siri 1 - IBR, bertemakan ‘Why Poverty and Inequality Matter? Perspectives from Malaysia and China’.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid yakin IBR dapat membantu meningkatkan pendapatan global sekali gus menggalakkan rakyat keluar daripada kemiskinan dan meningkatkan status ekonomi mereka.

“Justeru, objektif utama pelaksanaan seminar ini ialah untuk mempromosikan akademik interaksi selain mewujudkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu berkaitan IBR.

“Saya yakin perkara positif akan ditemui dan hasilnya akan memanfaatkan pembangunan pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Simposium dan Seminar Siri 1 - IBR di Dewan Canselor MSU di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mohd Shukri berucap ketika Majlis Perasmian Simposium dan Seminar Siri 1 - Inisiatif Belt and Road di Dewan Canselor MSU pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Mohd Shukri berucap ketika Majlis Perasmian Simposium dan Seminar Siri 1 - Inisiatif Belt and Road di Dewan Canselor MSU pada Selasa. - Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Hadir sama, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Quyang Yujing, Presiden Assosiation of Belt and Road Malaysia, Datuk Sri Chuah Poh Khiang dan Pengarah Urusan, Association of Belt and Road Malaysia dan SEARCH, Neo Chee Hua.

MSU secara khususnya telah melaksanakan pelbagai kerjasama pintar dengan institut pengajian tinggi (IPT) di negara China termasuk aspek pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan saintifik dalam bidang Perubatan Cina Tradisional (TCM), perubatan klinikal serta pertukaran kebudayaan.

Mohd Shukri berkata, jalinan kerjasama itu turut menyaksikan pembukaan Klinik TCM di MSU Medical Centre yang pertama di Malaysia.

“Ia juga merupakan inisiatif MSU Centre For Complementary and Alternative Medicine (MYCAM) untuk membangunkan aspek latihan dan pendidikan dalam perubatan komplimentari setaraf dengan perubatan konvensional serta dekat dengan masyarakat,” ujarnya.