Pembantu kantin maut, kereta terbabas di selekoh

Kenderaan dinaiki mangsa yang maut bersama suami turut terbakar selepas berlaku pelanggaran di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli pada Jumaat.
Kenderaan dinaiki mangsa yang maut bersama suami turut terbakar selepas berlaku pelanggaran di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli pada Jumaat.
A
A
A

JELI - Seorang pembantu kantin berusia 47 tahun maut apabila kereta dipandu suaminya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli, di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suami mangsa yang berusia 70 tahun cedera parah di bahagian kepala manakala tiga anak berusia 18, 16 dan 10 tahun hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta yang dipandu suami mangsa dari arah Gerik menuju ke Jeli.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan di selekoh dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Kenderaan berkenaan dipercayai berlanggar dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. Akibat pelanggaran itu, mangsa yang maut tercampak keluar dan digilis oleh sebuah kenderaan dari arah tersebut.

"Kenderaan mangsa juga terbakar namun penumpang lain sempat keluar menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Dua kenderaan yang turut terlibat dalam kemalangan di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli pada Jumaat.
Dua kenderaan yang turut terlibat dalam kemalangan di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat, Jeli pada Jumaat.

Menurutnya, pemandu dua buah kenderaan lain serta dua penumpang tidak mengalami kecederaan dan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian kerana gagal mengawal kenderaan di selekoh.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Adni Ibrahim berkata, lapan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.37 pagi.

"Selepas terlibat dengan pelanggaran, kenderaan yang dinaiki mangsa yang maut itu terbakar. Semasa kami tiba, api masih marak namun ia berjaya dikawal tiga minit kemudian," katanya.