Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan lebih RM6.42 juta

Sultan Nazrin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat berjumlah RM6.42 juta di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sultan Nazrin berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat berjumlah RM6.42 juta di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat berjumlah RM6.42 juta.

Sultan Nazrin menerima zakat itu bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak Bukit Changkat Persekutuan, di sini pada Jumaat.

Penyerahan zakat perniagaan itu didahului Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang diwakili Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob dengan jumlah bayaran RM2.6 juta.

Ia diikuti Pharmaniaga Berhad yang diwakili Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly selaku Pengerusi Pharmaniaga Berhad dengan jumlah RM2 juta.

Sementara itu, Bank Rakyat diwakili oleh Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM827,743.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang diserahkan oleh Ahli Jawatankuasa Syariah BPMB, Dr Syahnaz Sulaiman berjumlah RM714,942.

Seterusnya serahan zakat daripada Agrobank Negeri Perak yang diwakili Pengarah Wilayah Agrobank Negeri Perak, Mohamad Sukri Yusop berjumlah RM277,429

Hadir sama dalam serahan berkenaan, Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Ahli Majlis MAIPk, Profesor Datuk Dr Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Artikel Berkaitan: