Bantu keluarga tinggal dalam kabin

Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja menyalurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang tinggal di dalam kabin berhampiran kilang simen di Jalan Raja Nong di sini pada Rabu.
Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja menyalurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang tinggal di dalam kabin berhampiran kilang simen di Jalan Raja Nong di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Ahli Parlimen Kota Raja menyalurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang tinggal di dalam kabin berhampiran kilang simen di Jalan Raja Nong di sini pada Rabu.

Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berkata, hasil pertemuan pegawai pejabat Parlimen mendapati bapa enam anak itu merupakan pemandu lori simen yang tidak mempunyai pendapatan tetap manakala ibu mereka tidak bekerja.

Menurutnya, pegawainya, Mohd Azmi Jusoh dan pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Jawa dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang hadir menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit.

"Kita beri komitmen untuk membiayai kos pengangkutan kesemua enam orang anaknya ke sekolah.

"Kita juga akan membantu mereka memohon zakat bagi pembiayaan rumah sewa daripada Lembaga Zakat Selangor," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Selain itu, Mohamad berkata, pihak JKM pula akan menimbangkan untuk bantuan kewangan secara bulanan.

"Semoga usaha kecil kita ini membantu mereka diberkati ALLAH dan dapat meringankan bebanan keluarga terbabit. Insya-ALLAH," ujarnya.

Artikel Berkaitan: