Usir warga Mesir, Tunisia tindakan tergesa-gesa: Anwar

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengusir sekumpulan warganegara Mesir dan Tunisia kerana kehadiran mereka dikatakan mengancam keselamatan negara disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa.

Anwar berkata, tindakan tersebut juga dibuat tanpa merujuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu.

"Saya menentang segala bentuk aktiviti keganasan dan saya tidak berhasrat mengganggu serta mencampuri hal ehwal keselamatan dalam negara.

"Namun setelah merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Menteri Luar dan Perdana Menteri, ternyata keputusan pengusiran dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pihak yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PDRM menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.

Tangkapan dibuat bagi tempoh 2 hingga 9 Februari lalu melalui operasi khas yang digerakkan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 individu disyaki pengganas rancang serangan ditahan

Tambah Anwar, Malaysia perlu bertindak berdasarkan maklumat sahih yang diperoleh bukannya semata-mata bergantung kepada dakwaan perisikan negara asing.

Artikel Berkaitan: