Kes SRC International: Nasib Najib diketahui hari ini

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini akan memutuskan sama ada membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Ini berkaitan sabitan bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera akan membuat keputusan dalam prosiding yang dijadualkan bermula jam 9 pagi.

Sepanjang tujuh bulan perbicaraan, pasukan pembelaan mengemukakan lebih 300 ratusan alasan mengapa Najib tidak patut didapati bersalah atas semua tujuh tuduhan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kronologi kes SRC

Antara alasan dikemukakan Najib untuk dipertimbangkan adalah hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang membuat keputusan mensabitkannya pada 28 Julai tahun lalu, gagal menimbangkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menipu dan memanipulasi akaun bank milik bekas Perdana Menteri itu.

Mohd Nazlan turut didakwa terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati Najib mempunyai kepentingan dalam SRC International dan membuat dapatan dana RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu milik SRC Internatioanl serta gagal mengambil kira sumbernya adalah ihsan Perdana Sdn Bhd yang tidak diperincikan dalam kertas tuduhan.

ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan Najib hanya lambatkan keputusan rayuan: Pendakwaan

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Ini selepas beliau didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan dan mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap Najib, peluang terakhirnya adalah mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir

ARTIKEL BERKAITAN:Najib gagal hadir, mahkamah beri pilihan penjara atau zoom