X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Saya sedia hadapi ujian dengan tenang dan reda: Najib

Foto Facebook Najib Razak
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan pada Rabu.

Dalam kemas kini di laman sosialnya malam ini, Najib turut memohon maaf kerana tidak dapat bersama penyokongnya mengadakan solat jemaah kerana beliau menjadi kontak kasual kepada pesakit Covid-19.

"Maaf tidak dapat solat berjemaah bersama malam ini. Bacaan Yasin dan doa kita buat secara maya sahaja malam ini, atas sebab status kontak dengan pesakit positif Covid-19.

"Saya menerima banyak mesej, dapat panggilan dan ada baca banyak posting dan komen-komen di Facebook yang memberikan kata-kata sokongan dan doa juga. (Saya) amat menghargai setiap satunya.

"Saya sedia menghadapi aturan dan ujian ALLAH SWT dengan tenang dan redha. Semoga ALLAH SWT berikan kekuatan kepada hamba-Nya dan permudahkan segalanya," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perubahan, keputusan rayuan kes SRC babit Najib esok

Keputusan rayuan kes SRC Najib dibaca menerusi Zoom

Media melaporkan peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan anaknya Muhammad Farhan, yang juga seorang peguam dalam pasukan Najib, telah diuji positif Covid-19.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu untuk dipertimbang dalam rayuan kes beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dengan itu, keputusan rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana sebanyak RM42 juta yang dijadualkan pada Rabu akan diteruskan seperti biasa. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!