Ketua Polis Selangor kesal masih ramai tidak patuh SOP

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed kesal kerana orang ramai di negeri ini masih mengambil sikap sambil lewa dan kurang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Arjunaidi berkata, sikap itu dilihat melalui tinjauan dan pelaksanaan penguatkuasaan yang dilakukan pihaknya.

Menurutnya, masyarakat perlu menetapkan disiplin kendiri bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi dan tidak memandang kepada kompaun yang dikenakan.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kita masih berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19," katanya selepas kunjungan ke Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Beliau diiringi Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah serta Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Menurutnya, seramai 600 anggota dan pegawai digerakkan setiap hari untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi SOP.

Artikel Berkaitan: