Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang petang ini

Beberapa buah rumah di kawasan rendah dinaiki air di Kampung Tok Deh dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, baru-bari ini. - Foto Bernama
Beberapa buah rumah di kawasan rendah dinaiki air di Kampung Tok Deh dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, baru-bari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh kekal 33 orang daripada enam keluarga, setakat jam 4 petang ini.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mereka belum dibenarkan pulang kerana rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan setakat jam 4 petang tadi, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.35 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun.- Bernama

Artikel Berkaitan: