Pokok tumbang di 10 lokasi akibat angin kuat, hujan lebat

Skuad Pantas MBPP dan anggota bomba sedang giat mengalihkan pokok tumbang dalam kejadian malam Isnin.
Skuad Pantas MBPP dan anggota bomba sedang giat mengalihkan pokok tumbang dalam kejadian malam Isnin.
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 10 lokasi di sekitar negeri ini dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang dan dahan patah selepas angin kuat serta hujan pada malam Rabu.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataannya berkata, lokasi-lokasi tersebut ialah Pintasan Cecil, Taman Bukit Gelugor, Jalan Bell,⁠ Jalan Burma (Konsulat Indonesia), Park Road, Jalan Biggs, Jalan Cantonment, ⁠ Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Macalister dan Flat Hamna,Jalan Sungai Dua.

"Sejak jam 11 malam semalam hingga 1 pagi tadi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah telah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.

"Kesemua aduan-aduan tersebut telah disalurkan serta-merta kepada Pasukan Pengurusan Bencana MBPP untuk tindakan segera iaitu kerja-kerja memotong, mengalih serta membersihkan kawasan berkenaan," katanya pada Selasa.

Skuad Pantas MBPP turut dibantu pasukan bomba dalam mengalihkan pokok tumbang dalam kejadian pada malam Isnin.
Skuad Pantas MBPP turut dibantu pasukan bomba dalam mengalihkan pokok tumbang dalam kejadian pada malam Isnin.

MBPP menambah, semua kerja telah diselesaikan oleh Skuad Pantas MBPP kecuali di Flat Hamna, Jalan Sungai Dua.

"Di kawasan tersebut, kita terpaksa tangguh kerja pemulihan buat sementara kerana kerana memerlukan jentera besar selain mengambil kira faktor keselamatan petugas.

"Pasukan Skuad Pantas MBPP akan sentiasa bersedia memikul amanah melaksanakan tugas-tugas mereka tanpa mengira waktu dan cuaca demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Menurut MBPP, pihaknya turut mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Sebanyak 10 lokasi dilaporkan berlaku pokok tumbang dan dahan patah akibat angin kuat serta hujan lebat pada malam Isnin.
Sebanyak 10 lokasi dilaporkan berlaku pokok tumbang dan dahan patah akibat angin kuat serta hujan lebat pada malam Isnin.

"Terima kasih kepada semua orang awam yang membantu menyalurkan maklumat serta membuat laporan dan aduan di Hotline MBPP.

"Sebarang aduan mengenai pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya, orang awam boleh menghubungi Hotline MBPP di talian 04-263 7000 atau 04-263 7637 dan 016-2004082 (WhatsApp)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!