Titi kayu, perahu jadi alat penghubung musim banjir

Titi kayu menjadi alat penghubung utama di Kampung Tersang, Rantau Panjang selepas kawasan rumah mereka mula ditenggelami banjir sejak Khamis.
Titi kayu menjadi alat penghubung utama di Kampung Tersang, Rantau Panjang selepas kawasan rumah mereka mula ditenggelami banjir sejak Khamis.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Titi kayu dan perahu menjadi penghubung utama penduduk di Tersang, Lachang dan Gual Tok Deh selepas kawasan rumah mereka mula ditenggelami banjir sejak Khamis.

Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati penduduk terbabit turut menggunakan kemudahan yang dibina untuk melakukan tugas harian.

Seorang penduduk, Zarina Ismail, 48, dari Kampung Tersang berkata, suaminya membina titi sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi banjir.

"Titi merupakan keperluan apabila berlaku banjir kerana memudahkan kami keluar membeli bekalan makanan sepanjang tempoh berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mohd Khairul (duduk, kanan) bersama keluarganya menjadikan perahu sebagai pengangkutan utama sejak Khamis lalu selepas kawasan rumah ditenggelami air banjir.
Mohd Khairul (duduk, kanan) bersama keluarganya menjadikan perahu sebagai pengangkutan utama sejak Khamis lalu selepas kawasan rumah ditenggelami air banjir.

Sementara itu, pengguna perahu, Mohd Khairul Cumadi, 28, berkata, kemudahan berkenaan menjadi pengangkutan utamanya sejak Khamis.

Katanya, ini merupakan kali kedua kawasan rumahnya ditenggelami banjir.

"Perahu menjadi nadi pengangkutan utama penduduk di Tersang jika berlaku bencana ini.

Artikel Berkaitan:

Zarina menggunakan kemudahan titi kayu yang dibina oleh suaminya untuk menjemur kain di ampaian.
Zarina menggunakan kemudahan titi kayu yang dibina oleh suaminya untuk menjemur kain di ampaian.

"Saya menggunakan perahu sejak kecil lagi kerana kawasan rumah sering ditenggelami banjir sebaik sahaja masuk musim tengkujuh," katanya.

Bagi Tajuddin Awang, 50, pula, kebanyakan penduduk di kawasan yang sering ditenggelami banjir sudah lali berdepan situasi tersebut.

Katanya, mereka akan membuat persiapan termasuk membaik pulih perahu dan membina titi untuk kegunaan musim banjir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!