X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Kes Covid-19 di Sekolah Seri Puteri terus meningkat

Gambar hiasan - Foto fail bernama
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Sepang terus meningkat kepada 139 individu pada Khamis berbanding hanya 65 yang dilaporkan pada Rabu.

Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, seramai 946 pelajar, guru dan petugas di Sekolah Seri Puteri telah disaring setakat jam 3 petang Khamis.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 114 pelajar, guru (15) dan petugas (10) telah disahkan positif Covid-19.

"Kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Dr Sha'ri berkata, kesemua 139 kes positif Covid-19 berkenaan berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

Mengulas lanjut, Dr Sha'ri memberitahu, kes indeks yang berlaku itu merupakan seorang guru di sekolah tersebut.

Dr Sha'ri
Dr Sha'ri

"Beliau didapati bergejala pada 22 November lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 24 November lalu.

"Hasil saringan kontak rapat telah mengesan tujuh lagi kes iaitu enam pelajar dan seorang lagi guru, lalu kluster Covid-19 diumumkan pada 29 November sebagai Kluster Persiaran Tasik," katanya.

Beliau memberitahu, kesemua enam pelajar kini telah dirujuk ke PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS, Serdang manakala kedua-dua guru tersebut menjalani pengasingan di rumah.

"Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan pada 1 Disember lalu (Rabu) ke atas 240 pelajar dan seramai 65 kes positif baharu Covid-19 dikesan," ujarnya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, seramai 65 daripada lebih 200 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang menjalani ujian saringan Covid-19 disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke PKRC MAEPS, Serdang untuk rawatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!