Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak

Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
Warga asing dari Malawi tidak dibenar masuk Sarawak. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) menyekat kemasukan sementara pengembara warga asing dari Malawi atau pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan.

JBPN menerusi satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, langkah itu diambil bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron ke Sarawak.

Ini menjadikan jumlah negara dalam senarai sekatan perjalanan ke Sarawak adalah lapan termasuk Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe.

Menurut JPBM, rakyat Malaysia dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang pulang ke Malaysia dari negara terbabit bagaimanapun dibenarkan memasuki Sarawak, namun perlu mematuhi beberapa syarat termasuk memohon dalam sistem EnterSarawak.

“Selain itu, JPBN memutuskan untuk menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara-negara terlibat. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan di atas berkuat kuasa serta-merta,” menurutnya.

Pada Rabu, jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak kembali mencatatkan tiga digit dengan 121 kes berbanding 98 kes pada Selasa.

Selain itu, sebanyak empat kes kematian baharu dicatatkan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!