X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Selangor peruntuk RM150,000 pulihara hutan bakau

Gambar hiasan.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM150,000 menerusi Bajet Pembangunan Negeri pada tahun ini bagi pelaksanaan Program Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hutan Bakau.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, pelaksanaan program itu masih diteruskan buat masa ini menerusi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan.

Menurut beliau, peruntukan tersebut digunakan bagi pelaksanaan kerja-kerja pemeliharaan antaranya seperti penanaman pokok bakau di Hutan Simpan Pulau Tonggak seluas dua hektar dan rawatan pokok bakau di Hutan Simpan Jugra.

"Selain itu, peruntukan itu turut digunakan bagi penyelengaraan petak tanaman rhu pantai di Hutan Simpan Kapar Tambahan dan perolehan anak pokok spesies bakau bagi tujuan penanaman oleh Jabatan Perhutanan Selangor," katanya sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada Rabu.

Loy Sian berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mulut oleh Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijngkang) berhubung status Program Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hutan Bakau di negeri ini.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, sejumlah RM82,050 turut diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan pada tahun ini bagi pelaksanaan program tersebut.

"Peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan membekal dan menanam anak benih pokok bakau dan kerja lain yang berkaitan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!