IPD Sentul lupus rokok tidak bercukai bernilai RM48,000

Rokok tidak bercukai dilupuskan secara musnah dan tanam.
Rokok tidak bercukai dilupuskan secara musnah dan tanam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul melupuskan 15,284 karton rokok pelbagai jenis yang tidak bercukai bernilai RM48,000 membabitkan kes rampasan pada 2019.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, rokok terbabit dilupuskan pada Selasa, selepas mendapat arahan daripada mahkamah.

"Kes itu membabitkan tangkapan seorang lelaki yang disyaki memiliki rokok tidak bercukai di Kepong. Suspek didakwa di mahkamah," katanya pada sidang media di Sentul pada Selasa.

Eng Lai berkata, pelupusan barang kes tersebut mengikut Akta Kastam 1967.

"Kesemua 1,784 kotak rokok ini diarahkan untuk dilupuskan secara musnah dan tanam sebagaimana arahan mahkamah," katanya.

Beh Eng Lai
Beh Eng Lai

Artikel Berkaitan: