Pendakian di Hutan Simpan Kekal di Selangor tidak dibenarkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bermula Rabu.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata, aktiviti pelancongan pendakian itu ditutup sehingga 31 Januari tahun depan.

Menurutnya, orang ramai yang masih berdegil tidak mematuhi arahan penutupan akan diambil tindakan tegas.

"Tindakan akan diambil mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Pelanggaran terhadap notis ini boleh diambil tindakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," katanya menerusi notis dimuat naik di Facebook rasmi JPNS pada Selasa.

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau emel ke admin_eco_park@forestry.gov.my untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan: