Kes denggi di Kuantan turun 88.2 peratus

Aktiviti penjualan barangan kitar semula yang dianjurkan SWCorp menjadi faktor penurunan kes denggi di daerah Kuantan. Gambar kecil: Hamdan
Aktiviti penjualan barangan kitar semula yang dianjurkan SWCorp menjadi faktor penurunan kes denggi di daerah Kuantan. Gambar kecil: Hamdan
A
A
A

KUANTAN - Daerah Kuantan merekodkan penurunan kes denggi sebanyak 88.2 peratus berbanding 2,028 kes dalam tempoh 11 bulan yang sama tahun lalu.

Datuk Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, pengurangan kes denggi disebabkan aktiviti pembelian barangan terpakai menerusi 'trash to cash' yang dianjurkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan.

Menurutnya, pembelian barangan terpakai itu telah menyebabkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan perumahan mereka dapat dihapuskan.

"Kalau sebelum ini, banyak barangan terpakai yang tidak diurus dengan baik dan antara punca peningkatan demam denggi di daerah ini.

"Tetapi bila adanya program 'trash to cash', kita dapat kes denggi di taman-taman perumahan semakin menurun. Kalau tahun lalu sebanyak 170 lokaliti yang aktif wabak, namun kini hanya 22 kawasan sahaja yang direkodkan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Hamdan berkata, pihaknya sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi pemeriksaan secara berkala di seluruh bandar raya ini bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, setakat 20 November lalu, sebanyak 15,220 premis telah diperiksa membabitkan premis barangan lusuh, kedai tayar, premis kediaman, kediaman terbiar, tapak pembinaan, kompleks perniagaan, kawasan industri, tanah lot kosong dan kereta terbiar.

"Hasil daripada pemeriksaan itu, sebanyak 1,357 notis dan 637 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan penguat kuasa ini akan terus dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan masyarakat terus menjaga kebersihan di persekitaran mereka, selain menjaga kesihatan," katanya.