Dua ditahan disyaki palsukan dokumen

Shaharom Nizam
Shaharom Nizam
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua individu kerana disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen berkaitan pertukaran hak milik sebidang tanah di Jitra yang berkeluasan 1.46 hektar.

Individu pertama yang bekerja sebagai kontraktor ditahan pada 10 Mac jam 2.51 petang manakala seorang lagi yang bekerja sendiri pula ditahan pada hari yang sama, jam 3.15 petang.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, individu kedua telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas rakaman percakapan beliau dirakamkan.

Menurutnya, individu pertama pula dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman.

Tambah Shaharom, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (B) ASPRM 2009.

Artikel Berkaitan: