X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

PN umum pengganti Mohd Rafiq dalam masa terdekat

Muhyiddin (tengah) selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh kali ke-3 di Dewan Belia Batu 28, Lenga, Muar pada Sabtu.
A
A

MUAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka yang baharu akan diumum dalam masa terdekat susulan peletakan jawatan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen pada Jumaat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu turut melibatkan rombakan dalam Badan Pimpinan Negeri Melaka.

"Nanti saya akan putuskan siapa yang bakal mengganti ataupun rombakan lain dalam tempoh beberapa hari kehadapan.

"Tindakan yang diambil oleh Datuk Mohd Rafiq ini sebagai langkah terhormat selain memudahkan rombakan BPN dapat dibuat susulan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka," katanya.

Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh kali ke-3 di Dewan Belia Batu 28, Lenga dekat sini pada Sabtu.

Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden Bersatu mengumumkan peletakan kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa pada Jumaat dan surat rasmi peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Muhyiddin pada Sabtu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu berkata, keputusan tersebut bagi memberi peluang kepada kepimpinan baharu untuk mengetuai PN dan Bersatu Melaka supaya mempunyai masa yang cukup membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tambah Mohd Rafiq, langkah tersebut juga membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden Bersatu menjelang PRU15.

Beliau sebelum itu antara empat pengerusi parti yang tewas bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!