PN kini dalam 'panik mode' terpaksa guna isu perkauman - Fahmi

Fahmi Fadzil (kiri) ketika merasmikan pejabat Pakatan Harapan (PH) di Presint 11, Putrajaya pada Rabu.
Fahmi Fadzil (kiri) ketika merasmikan pejabat Pakatan Harapan (PH) di Presint 11, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perikatan Nasional( PN) kini dalam 'panik mode' sehingga memaksa mereka memainkan isu perkauman pada pilihan raya kecil ( PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pengarah komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, pemimpin PN jelas ketandusan idea dan tidak matang dalam berpolitik.

"Jangan guna isu perkauman, mainkan sentimen seperti ini kerana ia adalah senjata makan tuan. Berapa ramai pimpinan Pas siap hantar anak-anak mereka ke sekolah Cina malah saya difahamkan cucu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pun dihantar ke sekolah Cina.

"Ini amaran penting kerana Malaysia adalah sebuah negara sederhana dan wasatiyah. Kita tidak keterlaluan jadi bila dimainkan isu seperti sekolah vernakular perkauman ini adalah politik tidak matang," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pejabat PH di sini hari ini.

Ditanya berhubung dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak memboikot PRK KKB, beliau memberitahu, Perdana Menteri sendiri yang menandatangani watikah pencalonan PH.

Jelasnya, bagaimanapun berbeza dengan PN yang mana kepimpinan Pas dilihat terus memboikot calon parti itu apabila mereka masih tidak turun padang membantu berkempen walaupum kini sudah memasuki hari kelima.

"Jelas sehingga hari ini tidak ada seorang pun pimpinan Pas berkempen untuk PN di KKB.

"Saya dimaklumkan semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sepatutnya turun berkempen, namun tidak nampak, jelas kegusaran dan kehampaan di wajah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!