Dewan Perniagaan Cina sedia berdialog dengan Pas

Khoon Hai (duduk: dua dari kiri) bergambar bersama Muhanmad Fauzi (duduk: dua dari kanan) dan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pulau Pinang, pada Rabu.
Khoon Hai (duduk: dua dari kiri) bergambar bersama Muhanmad Fauzi (duduk: dua dari kanan) dan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pulau Pinang, pada Rabu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang bersedia untuk berdialog membincangkan isu membabitkan pendidikan dan ekonomi dengan mana-mana parti politik termasuk Pas.

Pengerusinya, Tan Sri Tan Khoon Hai berkata, sebagai sebuah badan merentasi politik pihaknya terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan terutamanya dalam soal kepentingan akademik serta ekonomi orang Cina.

Menurutnya, Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang juga merupakan pertubuhan terbesar dan tertua yang mewakili kepentingan perniagaan dan budaya masyarakat Cina Pulau Pinang.

"Kami memang terbuka untuk menerima jemputan mana-mana parti politik untuk mengadakan dialog bagi membincangkan kepentingan ekonomi serta pendidikan.

"Buat masa ini, Pas Pulau Pinang bercadang untuk membuat dialog bersama kami dan kita akan melihat serta bincang mengenai perkara itu nanti.

“Cuma hari ini, saya datang memenuhi jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri Pas negeri yang pertama kali kami hadiri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Rabu.

Pada majlis rumah terbuka yang diadakan di Kompleks Tarbiyah Pas Pulau Pinang di sini, kira-kira 5,000 tetamu yang hadir termasuk rakan komponen Perikatan Nasional Pulau Pinang.

Hadir sama, Pesuruhajaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang, Zulkefli Bakar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim berkata, pihaknya bercadang mengadakan majlis dialog bersama Dewan Perhimpunan Cina negeri bagi memberi penjelasan mengenai perjuangan parti yang selalu disalah tanggap oleh kaum lain.

“Kita nak jelaskan kekeliruan serta tanggap Pas anti kaum lain yang diuar-uarkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menjalinkan keharmonian sesama kaum,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!