Lewat naik taraf pasar awam, calon PN gesa PBT bertindak segera

Khairul Azhari (kiri) sempat beramah mesra bersama penduduk setempat ketika berkempen di sekitar Kuala Kubu Baharu.

A
A
A

HULU SELANGOR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memandang serius isu kelewatan kerja-kerja menaiktaraf Pasar Awam Kuala Kubu Baharu yang difahamkan berlarutan sejak hampir empat tahun lalu.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berkata, kelewatan menyiapkan premis berkenaan telah menyukarkan golongan peniaga kerana terpaksa menjalankan perniagaan di tepi-tepi jalan.

Khairul Azhari (kiri) sempat beramah mesra bersama penduduk setempat ketika berkempen di sekitar Kuala Kubu Baharu.
Khairul Azhari (kiri) sempat beramah mesra bersama penduduk setempat ketika berkempen di sekitar Kuala Kubu Baharu.

“Saya berharap pihak berwajib melihat perkara ini secara serius agar apa yang diharapkan oleh peniaga untuk dapat tempat sempurna bagi menjalankan perniagaan dapat selesai.

“Kita lihat peniaga berniaga di tepi jalan, tepi lorong sekitar pasar awam sedangkan bangunan ini cantik, malangnya masih tidak dapat digunakan,” katanya selepas sesi jelajah mesra di sekitar pasar Kuala Kubu Baharu pada Rabu.

Khairul Azhari sempat beramah mesra bersama pengunjung pasar awam ketika berkempen sekitar Kuala Kubu Baharu.

Dalam pada itu pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut mempersoalkan punca kelewatan kerja-kerja menaiktaraf premis berkenaan.

Beliau memaklumkan, tiada sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan atas alasan apa premis berkenaan belum dapat digunakan.

Artikel Berkaitan:

Khairul Azhari sempat beramah mesra bersama pengunjung pasar awam ketika berkempen sekitar Kuala Kubu Baharu.
Khairul Azhari sempat beramah mesra bersama pengunjung pasar awam ketika berkempen sekitar Kuala Kubu Baharu.

“Saya mewaliki suara peniaga di sini harap pihak bertanggungjawab dapat memastikan tempat mereka berniaga dapat disegerakan dan diselesaikan," tegasnya.

Khairul Azhari sempat beramah mesra bersama pengunjung pasar awam ketika berkempen sekitar Kuala Kubu Baharu.
Khairul Azhari sempat beramah mesra bersama pengunjung pasar awam ketika berkempen sekitar Kuala Kubu Baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!