X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Kes Covid-19 meningkat, 6,144 hari ini

Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes harian positif Covid-19 meningkat hari ini apabila merekodkan sebanyak 6,144 kes berbanding 5,755 kes semalam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah sebanyak 2,608,979 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Khamis berkata, jumlah kes pulih adalah 6,602 kes, menjadikan kes kumulatif pesakit pulih kini berjumlah 2,510,029.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 516 kes dengan 443 kes disahkan Covid-19, 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Manakala kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula ialah 272 kes dengan 157 kes daripadanya disahkan Covid-19 dan 115 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambah beliau, daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada Khamis, 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak tujuh kluster baharu dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster kini berjumlah 5,913 kluster dengan 235 daripadanya masih lagi aktif.

Berdasarkan data daripada COVIDNOW (dikemaskini setakat 24 November 2021), terdapat

69,261 kes aktif Covid-19 kini dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 55,705 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 7,584 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!